Cleopatra

Friday, 29 June 2012

Ya ALLAH, Permudahkanlah urusan hamba-Mu ini :')

Assalamualaikum.

Entry yang agak sedih. Why? oh. Banyaknya yang terjadi kepadaku.huhu...
Perpindahan ke rumah baru yang tidak lancar... Lancar? Ya, kita memang tidak dapat nafikan yang dalam dunia nie kita berkongsi dengan sesuatu yang tidak kita lihat iaitu jin, syaitan. 9/10 daripadanya adalah 'mereka-mereka' ini. 

Dan itu yang telah berlaku kepada kami. Oh, tidaklah sampai aku cakap nampak benda alah itu, tapi merasakan kehadirannya. Allahuakbar, agak cuak tapi kene kuatkan semangat, percaya yang mereka ini bukan yang berkuasa tetapi ALLAH S.W.T. Aku perkuatkan jiwa dengan ayatul kursi, bacaan surah-surah lain. Sekilas pandang dah macam cerita Sunan bersiri pulak, novel khayalan Ramlee Awang Murshid tapi tak sangka plak. Seyes! Novel tu turut memberi inspirasi kepada aku supaya berpegang teguh pada ALLah. Jangan takut, percaya pada ALLAH, HASBUNALLAHU WANIKMAL WAKIL, " Sesungguhnya ALLAH itu sebagai penolong kita ".  

Bertemankan Fazatol, housemate aku dan kawannya, kami pergi ke rumah tu, 29 Jun 2012, 10 Syaaban, pukul 10.15 malam. Mula-mula jejakkan saja kaki kat depan pintu pagar tu, aku dah rasa seriau. Zatol bukak kunci pintu pagar, boleh.. Then, pergi ke pintu grill pertama. Actually, petang tu kami dah pergi kerumah sewa tu bersama dengan nizam, kitorang nak kemas-kemas barang sikit tapi perkara sebaliknya terjadi bila kami tak boleh bukak pintu grill pertama. Dont know why, cuma kami positifkan diri yang maybe mangga kat pintu tu dah rosak. Kami balik semula ke hostel dengan ikhtiar yang lain kami akan pergi semula rumah tu dengan kawan zatol. InsyaALLAH, dia boleh. Dia pengamal ayat-ayat suci al-quran.

Berbalik pada grill yg pertama tu, finally bleh bukak. Zul yang bukakan, alhamdulillah. ALLAH permudahkan. Bukak lagi satu mangga dibelakang grill tu tapi! hokey, agak saspens.. kunci pintu tiba-tiba hilang..huhu. carik punya carrik, tak jumpa. Terpaksala kami patah balik ke hostel, cari semula. Dan alhamdulillah, jumpa dlm kereta yang kami sewa petang tadi. Pergi balik rumah sewa tu..huhu Banyak kan kene ulang alik, kali ni kami mohon dipermudahkan. 

Then, zul yang ikut sekali dengan kami tu bukakan pintu grill. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan. Aku dgn zatol dah kaget depan pintu rumah, agak cuak nak masuk tapi masuk juga. Kitorang buat-buat tak tahu, kemas dapur. Bersihkan ckit, then amik barang dekat bilik belakang. Dah settle semua ingat dah boleh balik. aigoo..>..< Tapi zul suruh duduk dulu. Dia cakap rumah ni agak kotor, dia dah pagar semua, sekarang dia tanya rasa panas tak? Hokey, dia suruh pandang satu sudut. Zatol dah cuak, tamau pandang. Aku yang seram-seram sejuk nie, pandang. Hoekey, memang tak nampak tapi agak rasa sedikit. Zul bacakn surah semua. Then, dia suruh rasa lagi.. dah hilang rasa seram tu. Then, dia suruh pandang dekat meja makan, ada tak? Tgah duduk makan. Oh. aku pandang dan sangat teras ada something dekat situ. Zul teruskan bacaan surah. Aku plak dah rasa berat kepala, pening-pening. Zul kata mungkin dia membalas, zul bacakan ayat kursi menghadap aku. Dia suruh aku tunduk. Adakah? Ada kat belakang aku? hokey, aku agak cuak. Mulut terus baca surah-surah yg aku tau. 

Zul cakap aku lemah semangat, dia dah pegang ibu jari kaki aku, sapukan muka dengan air yasin. Mungkin benda alah tu nak masuk dalam badan aku, dia dh pegang kepala aku. Tanya aku sedar ke tak.. aku sedar lagi. Aku kuatkan semangat, amik semangat Laksaman Sunan dengan kekuatan semawi yang dia ada. Nampak cam kelakar kan, actually this betoll-betoll reall. Aku tak nafikan, jantung, kaki tangan aku ketar-ketar semua. Takut? Tak, ALLAH pelindung aku. Tapi keadaan mcm tu aku tak pernah hadapi. Serius.. Akhirnya, semuanya berakhir pada pukul 12.40 pagi, dan hari ni kami nak pergi ke rumah tu semula dan azankan. Baca yasin... bersihkan. Semoga ALLAH permudahkan. InsyaALLAH. :)

pasal aku. ada cerita terjadi disebaliknya.. ada someone mengekori aku.....................

Assalamualaikum.

2 comments:

  1. Assalammualaikum wbt....
    hehehe..cian nye dia.....
    malam pertama tinggal kt situ nanti...amek masa baca surah yassin la reramai smbil letak bekas air tak bertutup depan korang...bila dh bis baca.... percik kt 4 penjuru rumah..insyaAllah... x di ganggu... =)
    dia pun makhluk Allah...so...dia xberani la kcau kita klau hati kita teguh pd Allah... insyaAllah..aamiin.... =)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. alhamdulillah, kami dah buat bacaan yasin dgn solat berjemaah dgn org yg berpengetahuan agama jugak. dah dibuang segala semua tu. tapi tula ada yg kene juga pada mlm tu tapi alhamdulillah semuanya selamat. terima kasih dyla. insyaALLAH, nanti kami bacakan lagi.

    ReplyDelete

Kalau suka, sila tinggalkan komen yea^^