Wednesday, 20 June 2012

Lubang Hidung

LUBANG HIDUNG TEMPAT SYAITAN ISTIREHAT

Sebab tu lah Allah suruh diri kita ni sentiasa di dalam keadaan yang bersih...Syaitan ni amat pengotor dan berada di mana2...dia sentiasa berusaha demi untuk menyesatkan umat muhammad....

Mungkin ramai di kalangan umat Islam mengetahui bahawa syaitan laknatullah ni sering mencari jalan untuk menyesatkan anak-anak Adam AS dan sanggup bersusah payah untuk melaksanakan kerja jahatnya itu tanpa memilih tempat atau waktu.

Namun, mungkin tidak ramai yang menyangka bahawa makhluk yang menderhaka kepada Allah SWT itu menjadikan lubang hidung kita ni tempat untuk depa tidur ketika kita semua sedang syok diulik mimpi.
Sahabat baginda, Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda di dalam hadisnya yang bermaksud;

“Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan lubang hidungmu) tiga kali kerana syaitan tidur di dalamnya,” – Riwayat Muslim (sahih).

Justeru itu, umat Islam diseru agar membersihkan lubang hidung sebanyak tiga kali selepas bangun dari tidur bagi memastikan syaitan-syaitan yang berada di lubang hidung tersebut dinyahkan dari tubuh badan kita.

Kita juga disunatkan untuk membersihkan lubang hidung dengan memasukkan dan mengeluarkan air dari hidung masing-masing ketika berwudhu untuk menunaikan solat subuh.

Semoga kita umat Islam di akhir zaman ini terhindar dari syaitan dan iblis yang cuba menyesatkan umat Muhammad SAW sehingga ke hari kiamat.

Erkh?! hokey.. nie memang tak tahu. huhu.. tapi finally harini dah taw anad dah share kat facebook.
       Confirm ramai yang tak berapa tahu kan?yang dah tahu tu alhamdulillah ^^
So, sekarang kia sharing dekat pembaca blog jugak. Semoga memberi manfaat ya :)
Time acih :D

aYATul husNA #
Assalamualaikum.







2 comments:

Kalau suka, sila tinggalkan komen yea^^